CCSB dilantik kontraktor utama ‘8 Conlay’

CCSB dilantik kontraktor utama ‘8 Conlay’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Conlay Construction Sdn. Bhd. (CCSB) diumumkan sebagai kontraktor utama baharu untuk projek pembangunan induk ‘8 Conlay’ oleh KSK Land Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KSK dan Pengarah Urusan KSK Land, Joanne Kua berkata, ia susulan termeterainya Surat Pelantikan (LOA) yang ditandatangani oleh Damai City Sdn. Bhd. (Damai City), sebuah anak syarikat milik penuh KSK Land dengan CCSB pada 12 Jun lalu.

Menurut beliau, perlantikan CCSB merupakan sebahagian daripada kerjasama strategik jangka panjang syarikat sebagai pemaju yang telah berjaya membangunkan pelbagai projek.

“Keputusan melantik CCSB sebagai kontraktor utama baharu ‘8 Conlay’ dibuat mengikut pertimbangan wajar demi masa depan dan komitmen kami bagi menyiapkan projek tersebut dalam masa terpantas tanpa sebarang kompromi terhadap aspek kualiti.

“Kami yakin terhadap rekod kecemerlangan CCSB dan sama-sama memahami cabaran serta keperluan sebagai pemaju hartanah, terutamanya mengikut perspektif pembeli atau klien,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah beliau lagi, setakat 26 Jun 2023, CCSB telah menggerakkan pasukan tapak binaannya, diikuti dengan sub kontraktor utama beserta kebanyakan jentera dan peralatan yang diperlukan ke tapak binaan ‘8 Conlay’.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi CCSB, Leong Soon Kiong menzahirkan rasa gembira serta berbanga dilantik sebagai kontraktor utama projek berprestif tersebut.

“Kami akan bekerjasama dengan KSK Land, para perunding mereka dan pihak berkepentingan supaya projek ‘8 Conlay’ ini dapat disiapkan dengan jayanya,” katanya.

Seiring pelantikan CCSB dan setelah pertimbangan wajar dibuat dengan teliti, kedua-dua pihak bersetuju bahawa garis masa projek tersebut perlu dipinda bagi membolehkan ia siap mengikut standard kualiti yang dijanjikan.

Jangkaan garis masa untuk penyiapan Menara A dan podium beli-belah kini ialah Suku Kedua 2024, di mana Penyerahan Milikan Kosong (HOVP) Menara A dijangka pada Suku Ketiga 2024.

Menara B pula dijangka siap menjelang Suku Keempat 2025 dan proses HOVP akan bermula menjelang penghujung 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN