PETALING JAYA: Boustead Plantations Berhad (BPlant) optimis prospek akan bertambah baik dalam jangka panjang, walaupun berdepan masalah dan ketidaktentuan pasaran. Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas BPlant, Izaddeen Daud berkata, ia boleh dicapai melalui penyepaduan berterusan pendigitalan dan mekanisasi merentasi operasi syarikat. “Melihat ke hadapan, BPlant mempunyai strategi mantap yang digerakkan oleh pasukan yang berkebolehan. “Ditambah dengan menegakkan piawaian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), BPlant berdedikasi untuk mengharungi landskap…