PETALING JAYA: Boustead Holdings Berhad (Boustead) akan dikeluarkan daripada senarai rasmi Bursa Malaysia Securities Berhad berkuat kuasa pukul 9 pagi pada 28 Jun ini. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, langkah penyahsenaraian itu adalah selaras dengan ketetapan Perengan 16.07(a) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama. Pada Mac lepas, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah membuat tawaran pengambilalihan secara sukarela bagi 40.58 peratus kepentingan atau 822.51 juta saham dalam Boustead serta…










