Pentadbiran awam berintegriti dorong kemajuan negara

Pentadbiran awam berintegriti dorong kemajuan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemajuan negara hanya dapat direalisasikan melalui pentadbiran awam yang berintegriti, profesional serta berteraskan amanah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha tersebut perlu disokong semangat berpasukan yang kukuh serta sinergi erat antara kepimpinan politik dan seluruh jentera Perkhidmatan Awam bagi memastikan dasar kerajaan dilaksanakan dengan berkesan.

“Segala dasar dan keputusan yang dirangka mesti diterjemahkan kepada impak nyata kepada rakyat supaya kebajikan dan kesejahteraan mereka dilihat dan dirasai dalam kehidupan seharian.

“Hadamlah bahawa amanah ini menuntut budaya kerja berprestasi tinggi, kebersamaan yang mantap serta komitmen tidak berbelah bahagi untuk mengutamakan kepentingan rakyat dan negara mengatasi segalanya,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Anwar Permukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan sebagai kesinambungan permukiman Jemaah Menteri sebelum ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN