Auto Labur catat RM292 juta sejak empat tahun lalu

Auto Labur catat RM292 juta sejak empat tahun lalu

FARISHA Fran Anak Patrick berjaya membawa pulang sebuah Perodua Alza 1.5 AV.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kempen Jom Auto Labur anjuran Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) berjaya meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pelaburan dan perancangan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Muzaffar Othman berkata, ia dibuktikan menerusi penyertaan positif dalam kempen tersebut yang berjaya mencatat sejumlah RM292 juta sejak dilancarkan empat tahun lalu.

Katanya, daripada jumlah tersebut sebanyak 6,348 transaksi dengan potongan berjumlah RM2.6 juta berjaya dicatatkan ASNB melalui Kempen Jom Auto Labur kali kelima yang bermula Oktober hingga Disember tahun lalu.

“Kempen kali kelima ini menyediakan hadiah keseluruhan bernilai RM255,000 kepada 719 orang pemenang dan baru-baru ini kita telah meraikan para pemenang utama.

“Pemenang tempat pertama iatu Farisha Fran Anak Patrick berjaya membawa pulang sebuah Perodua Alza 1.5 AV, manakala bagi tempat kedua pula dimenangi tiga individu masing-masing membawa pulang sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR,” katanya dalam kenyataan.

Muzaffar turut menyeru pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) agar tidak melepaskan peluang yang diumumkan kerajaan baru-baru ini dengan meningkatkan had pelaburan masing-masing dari RM200,000 kepada RM300,000.

“Saya ingin menyeru agar para pemegang unit menggunakan peluang ini demi manfaat diri sendiri dan keluarga,” katanya.

Sementara itu, pemenang hadiah utama, Farisha Fran yang berasal dari Sibu, Sarawak berkata, pemotongan minima Auto Labur sebanyak RM50 dilakukan berdasarkan kemampuan beliau.

“Ia telah mendorong saya untuk berdaftar dan pada masa yang sama, saya juga rasa selesa untuk melabur di ASB,” katanya.

Kemudahan Auto Labur di platform myASNB memanfaatkan perkhidmatan Direct Debit untuk memudahkan pelabur membuat pelaburan berkala secara automatik untuk akaun unit amanah mereka sendiri, akaun minor (Akaun Bijak/Remaja) dan pihak ketiga yang layak.

Diperkenalkan buat pertama kali pada 2019, Auto Labur membantu para pelabur melabur secara konsisten mengikut kemampuan kewangan masing-masing melalui potongan terus daripada akaun bank pelabur tanpa sebarang caj. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN