PETALING JAYA: Pasaran buruh dalam negara berkembang pada suku pertama 2023, dipacu oleh perkembangan semasa aktiviti ekonomi, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, pasaran buruh Malaysia terus menunjukkan peningkatan yang ketara pada suku pertama 2023 dan kekal disokong oleh permintaan domestik, seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negara. Beliau berkata, penurunan kadar pengangguran yang berterusan dan peningkatan peluang pekerjaan menunjukkan momentum positif dalam pasaran…