PETALING JAYA: Perdagangan menggunakan mata wang dua hala antara negara dagangan merupakan langkah yang ideal dan baik untuk dilaksanakan oleh Malaysia bagi mengurangkan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS). Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, kebergantungan terhadap mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) menyebabkan sesebuah negara itu terdedah kepada kemeruapan dalam pasaran mata wang. “Itu terutamanya apabila terdapat perubahan dalam dasar…










