PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) yang menyifatkan cadangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) majikan sebanyak 20 peratus tidak berasas, menggesa Jemaah Menteri menolak cadangan itu. Pengerusi Samenta Pusat, Datuk William Ng berkata, tumpuan sepatutnya dilakukan untuk mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi dan membantu perniagaan serta golongan pekerja menjadi lebih produktif. Katanya, sebarang kenaikan caruman KWSP oleh majikan ketika ekonomi negara masih dalam fasa pemulihan, bukan sahaja…










