PETALING JAYA: BOH Plantations Sdn. Bhd. (BOH) menaja usaha penanaman sejumlah pokok di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) bersempena Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa 2023 yang disambut kelmarin. Sejumlah 600 pokok telah ditaman oleh seramai 130 sukarelawan di hutan simpan itu Selasa lalu dalam usaha membantu memulihkan hutan paya gambut dan membawa perubahan untuk generasi akan datang. Program itu turut mendapat kerjasama Sahabat Gambut Asli Temuan (SGAT), Global Environment Centre…









