PETALING JAYA: AEON Co. (M) Bhd. (AEON) meneruskan momentum pertumbuhan bagi suku pertama tahun kewangan 2023 (S1 TK2023), dengan catatan hasil sebanyak RM1,106.8 juta, pertumbuhan 10.5 peratus daripada tempoh sama tahun sebelumnya. Syarikat juga berjaya mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM62.1 juta bagi suku tersebut, peningkatan 13.3 peratus daripada RM54.8 juta tempoh sama tahun kewangan sebelumnya. Menurut AEON, pertumbuhan disumbangkan terutamanya oleh peningkatan dalam hasil dan mengoptimumkan margin kasar. Dalam segmen perniagaan runcit, AEON merekodkan hasil sebanyak RM941.4 juta, peningkatan kukuh sebanyak 9.8 peratus berbanding pendapatan suku yang sama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya