PETALING JAYA: Serangan siber terhadap sektor perniagaan di Asia Tenggara dilaporkan meningkat sehingga 45 peratus tahun lalu, menurut data syarikat keselamatan siber global, Kaspersky. Syarikat itu berkata, bagi tempoh berkenaan pihaknya telah menyekat lebih 13 juta laman web yang memudaratkan dan disasarkan kepada syarikat-syarikat perniagaan di rantau berkenaan. Katanya, semasa tempoh pandemik pada 2020 pula, pihaknya telah menyekat sebanyak 10.2 juta serang siber melibatkan syarikat-syarikat yang terjejas. “Jumlah itu bagaimanapun…










