PETALING JAYA: Syarikat penerbangan di bawah Malaysia Aviation Group (MAG) terdiri daripada Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings akan menyediakan lebih 18,000 kapasiti tempat duduk tambahan bagi menampung permintaan perjalanan udara ketika Aidilfitri nanti. MAG dalam satu kenyataan memaklumkan, tambahan kapasiti itu bagi menampung jangkaan lonjakan perjalanan domestik bermula 18 April hingga 1 Mei 2023. Menurut MAG, ia tambahan kepada 20,000 tempat duduk yang ketika ini hampir habis dijual selepas dilancarkan pada 29 Mac lalu. “Untuk perjalanan lancar semasa tempoh perjalanan puncak, Malaysia Airlines akan menaik taraf perkhidmatannya menggunakan Airbus A330…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya