PETALING JAYA: Untung bersih Bank Islam Malaysia Bhd. susut lapan peratus kepada RM491.67 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 berikutan perbelanjaan cukai yang lebih tinggi iaitu sebanyak 53.2 peratus kepada RM241.51 juta disebabkan Cukai Makmur. Kumpulan turut merekodkan keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) berjumlah RM746.9 juta pada 2022, meningkat sebanyak 6.1 peratus berbanding tahun sebelumnya. Menurut kenyataan, prestasi itu didorong pendapatan bersih lebih tinggi dan peruntukan bersih…