Sistem perbankan negara berdaya tahan - BNM

Sistem perbankan negara berdaya tahan – BNM

Menruut Fitch Solutions, bank Malaysia mempunyai penampan modal dan kecairan yang kukuh. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ujian tekanan makro yang dijalankan ke atas sistem perbankan negara mendapati, sektor perbankan mengekalkan tahap modal dan penampan mudah tunai yang sihat.

Sehubungan itu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus yakin krisis perbankan global yang menyaksikan kejatuhan bank kedua terbesar Switzerland, Credit Suisse, tidak mungkin berlaku di Malaysia.

Kata beliau, ini kerana bank-bank di negara ini masih mempunyai daya tahan dalam senario yang buruk.

“Bank di Malaysia tertakluk kepada modal dan peraturan yang sangat ketat untuk memastikan keselamatan dan kestabilan sistem perbankan.

“Tidak kira saiz bank, mereka tertakluk kepada peraturan yang sama. Tidak seperti di Amerika Syarikat (AS) di mana peraturan sedemikian hanya terpakai kepada bank besar,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar  Laporan Tahunan 2022, Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2022 dan Tinjauan Kestabilan Kewangan bagi Separuh Kedua 2022 di Sasana Kijang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata menyangkal dakwaan bahawa bank-bank Malaysia telah mendekati BNM untuk pengecualian dinilai pada harga semasa (mark-to-market) untuk kerugian kertas pegangan bon tertentu berikutan peningkatan mendadak dalam hasil bon berikutan kenaikan kadar yang mendadak di seluruh dunia.

“Adalah tidak benar bahawa sesetengah bank telah menulis surat kepada kami, untuk mendapatkan pengecualian daripada pematuhan kepada piawaian perakaunan.

“Jika mereka berbuat demikian, akaun mereka akan layak oleh juruaudit dan anda akan dapat mengesannya daripada akaun tahunan mereka,” ujarnya.

Menurutnya, bank di Malaysia masih belum dinilai pada harga semasa  kira-kira enam hingga tujuh peratus daripada jumlah aset mereka.

Jelasnya, ini menjadikannya sebagai peratusan kecil berbanding bank seperti Silicon Valley Bank (SVB) yang mempunyai lebih 40 peratus.

Tambahnya, bon Tambahan Tahap 1 (AT1) yang diterbitkan oleh bank-bank Malaysia mempunyai kedudukan lebih tinggi daripada pegangan ekuiti dalam kes penyelesaian.

“Bank tempatan tidak bergantung kepada AT1 untuk modal, jadi jika melihat komponen modal, lebih daripada 80 peratus daripadanya adalah ekuiti dan pendapatan tertahan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×