Simpanan wang persaraan rakyat Malaysia semakin meruncing

Simpanan wang persaraan rakyat Malaysia semakin meruncing – BNM

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan 189 dana unit amanah mencapai kriteria kelayakan minimum dan layak ditawarkan kepada ahlinya di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA KWSP) bagi tempoh 2024/2025, berkuat kuasa 1 April 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, rakyat negara ini berisiko mengalami kehabisan wang simpanan persaraan 19 tahun sebelum dijangka meninggal dunia.

BNM dalam dalam laporan Tinjauan Ekonomi & Monetari 2022 berkata, ia disebabkan masalah simpanan wang persaraan tidak mencukupi yang semakin meruncing ekoran pengeluaran simpanan sebelum persaraan secara besar-besaran baru-baru ini.

Menurut bank pusat itu, simpanan median sebelum pandemik untuk kohort kumpulan umur antara 51 hingga 55 tahun hanya dapat bertahan selama lima tahun selepas mereka membuat pengeluaran pada umur 55 tahun.

Katanya, bagaimanapun, tempoh bertahan simpanan median ini telah berkurang lagi kepada sekitar tiga tahun berikutan pengeluaran simpanan sebelum persaraan semasa pandemik.

“Bagi lebih memahami kesan hal ini, purata jangka hayat global dijangka meningkat melebihi 77 tahun menjelang tahun 2050 (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 2022).

“Berdasarkan anggaran ini, seseorang rakyat Malaysia berisiko mengalami kehabisan wang simpanan persaraan 19 tahun sebelum dijangka meninggal dunia,” katanya.

BNM berkata, jurang yang besar antara tempoh median simpanan persaraan bertahan dengan jangka hayat median selepas persaraan menggariskan keperluan segera untuk membina semula penampan simpanan persaraan.

“Berlatarkan persekitaran ini, dasar-dasar untuk mempertingkatkan pengumpulan simpanan melalui pelanjutan fasa pengumpulan perlu segera dilaksanakan selain berdasarkan tanda aras antarabangsa, pengasingan dan pelaburan semula yang menawarkan potensi penyelesaian.

“Langkah ini melibatkan pelaburan semula sebahagian daripada simpanan persaraan yang sepatutnya akan dikeluarkan apabila mencapai umur pengeluaran, lantas melanjutkan tempoh pengumpulan simpanan,” katanya.

Tambah BNM lagi, di Malaysia, pengasingan akan memberikan manfaat yang ketara, khususnya untuk ahli-ahli yang terus mencarum selepas mencapai umur pengeluaran pada 55 tahun.

“Ahli KWSP yang berumur antara 50 hingga 54 tahun dengan pendapatan pada paras ambang B40 akan mendapat manfaat hingga RM36,800 tambahan simpanan jika mereka menangguhkan pengeluaran simpanan dan terus mencarum selama lima tahun lagi hingga umur 60 tahun.

“Jumlah ini bersamaan dengan 16 peratus daripada Simpanan Asas KWSP dan boleh melanjutkan kecukupan simpanan terkumpul selepas persaraan selama tiga tahun lagi, lantas meningkatkan daya tahan pesara terhadap kejutan ekonomi dan kewangan.

“Peningkatan kecukupan simpanan juga boleh dicapai dengan meningkatkan kadar caruman. Bagaimanapun, langkah ini mungkin lebih mencabar kerana halangan faktor struktur seperti upah yang rendah, atau mengakibatkan kesan yang tidak diingini seperti mengurangkan insentif untuk mengambil pekerja baharu.

“Dasar ini boleh diteliti pada masa hadapan di samping dasar-dasar untuk mempertingkatkan pendapatan dan insentif bagi majikan untuk memadankan dengan caruman yang lebih tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×