Sime Darby Auto ConneXion luaskan rangkaian pengedar Ford di Sabah - Utusan Malaysia

Sime Darby Auto ConneXion luaskan rangkaian pengedar Ford di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar eksklusif Ford di Malaysia, telah mengumumkan pembukaan pusat pengedar terbaharunya, Ford Kota Kinabalu (Penampang), Rightpower Corporation Sdn. Bhd..

Pusat 3S Ford terbaharu yang terletak di tengah-tengah bandar Penampang, ialah kemudahan Ford kedua di Kota Kinabalu, Sabah, dan yang kelapan di Malaysia Timur. 

Matlamatnya ialah untuk berkhidmat kepada pelanggan di salah satu daripada pusat bandar utama Kota Kinabalu, sambil menyokong pusat yang sedia ada di Inanam.

Dengan pelaburan RM1 juta untuk kerja pengubahsuaian, Pusat 3S Ford baharu ini bakal memenuhi keperluan lengkap pelanggan, menawarkan khidmat jualan dan juga lepas jualan. 

Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair bekata, Sabah merupakan pasaran yang sangat menarik dengan tahap permintaan tinggi bagi Ford Ranger Generasi Baharu.

“Dalam usaha berterusan mengukuhkan operasi kami di Kota Kinabalu, sukacita kami memperkenalkan Rightpower Corporation sebagai pengedar kedua kami, dengan matlamat menambah bilangan pelanggan di daerah Penampang.

“Pusat pengedar baharu itu membolehkan pelanggan menikmati pengalaman Ford yang tersendiri dan kami akan menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi menerusi kemudahan ini,” katanya dalam kenyataan. 

Pusat 3S ini meliputi kawasan seluas 12,000 kaki persegi, yang terdiri daripada bilik pameran seluas 4,300 kaki persegi dan pusat servis seluas 4,500 kaki persegi. 

Kemudahan SDAC yang ke-37 di seluruh negara itu memuatkan empat ruang servis dengan tenaga sepasukan 16 kakitangan yang terdiri daripada Juruteknik Bertauliah Ford dan juga kakitangan servis.

Ford Kota Kinabalu (Penampang), Rightpower Corporation Sdn. Bhd. terletak di Jalan Penampang Baru, Penampang, Kota Kinabalu, Sabah. 

Pusat 3S beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang pada Isnin hingga Sabtu dan dari pukul 9 pagi hingga 3 petang pada  Ahad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya