Saudi Aramco rekod keuntungan AS$161.1 bilion pada 2022

Saudi Aramco rekod keuntungan AS$161.1 bilion pada 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Syarikat minyak gergasi Arab Saudi, Aramco melaporkan rekod keuntungan bersih tahunan sebanyak AS$161.1 bilion (RM727.71 bilion) untuk 2022, meningkat 46 peratus daripada tahun sebelumnya.

Keuntungan itu didorong oleh harga tenaga yang lebih tinggi, peningkatan jumlah jualan dan peningkatan margin untuk produk ditapis.

Keuntungan itu mengikuti laporan serupa pada Februari oleh syarikat minyak antarabangsa lain iait BP, Shell, Exxon Mobil dan Chevron, yang kebanyakannya mencatatkan rekod keuntungan untuk tahun lepas.

Tahun lalu, harga minyak melonjak susulan kebimbangan geopolitik di tengah-tengah perang di Ukraine, namun merosot kemudiannya berikutan permintaan yang lebih lemah daripada pengimport utama China dan kebimbangan penguncupan ekonomi global.

“Memandangkan kami menjangka minyak dan gas akan kekal penting untuk masa hadapan yang boleh dijangka, risiko kurang pelaburan dalam industri kami adalah nyata – termasuk menyumbang kepada harga tenaga yang lebih tinggi,” kata ketua eksekutif Aramco, Amin Nasser dalam kenyataan, lapor Reuters.

Kata beliau, untuk menangani cabaran tersebut, syarikat itu bukan sahaja tertumpu pada mengembangkan pengeluaran minyak, gas dan bahan kimia, tetapi juga melabur dalam teknologi rendah karbon baharu yang berpotensi untuk mencapai pengurangan pelepasan tambahan.

Perbelanjaan modal (capex) Aramco meningkat 18 peratus kepada AS$37.6 bilion (RM169.84 bilion) pada 2022 dan syarikat itu berkata, ia menjangkakan perbelanjaan tahun ini sekitar AS$45 bilion (RM203.27 bilion) hingga AS$55 bilion (RM248.44 bilion) termasuk pelaburan luar.

Aliran tunai mencapai rekod AS$148.5 bilion (RM670.80 bilion) pada 2022, berbanding AS$107.5 bilion (RM485.59 bilion) tahun sebelumnya.

Aramco mengisytiharkan dividen AS$19.5 bilion (RM88.08 bilion) untuk suku keempat, meningkat 4 peratus daripada suku sebelumnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN