Rizab antarabangsa BNM turun kepada AS$114.3 bilion - Utusan Malaysia

Rizab antarabangsa BNM turun kepada AS$114.3 bilion

BANK Negara Malaysia (BNM).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) turun kepada AS$114.3 bilion pada 28 Februari 2023 berbanding AS$115.2 bilion pada 31 Januari 2023.

BNM dalam satu kenyataan berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$102.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).

“Aset itu merangkumi emas, pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM501.63 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.82 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.06 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.71 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM71.56 bilion),” katanya.

Sementara itu, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM155.52 bilion), mata wang dalam edaran (RM159.54 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM213.18 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM10.02 bilion), deposit lain (RM37.45 bilion), kertas Bank Negara (RM6.70 bilion), peruntukan SDR (RM28.21 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.17 bilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN