KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menyemak semula perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion untuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dari 2021 hingga 2025. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan sudah mempunyai banyak rangka kerja serta pelan tindakan dan pihaknya tidak berniat untuk menambah pelan tindakan baharu. Katanya, pihak kementerian berkemungkinan besar akan menggunakan rangka kerja dasar terdahulu dan seterusnya adalah kajian jangka menengah RMK-12. “Kami dapat mengekalkan perbelanjaan pembangunan pada RM400 bilion…










