PETALING JAYA: Malaysia kini bersaing dengan Indonesia dan Thailand sebagai hab pengeluaran serantau pertama gergasi kereta elektrik (EV) terkemuka dunia, Tesla selepas pengumuman pembukaan pejabatnya di negara ini Rabu lalu. Penganalisis MIDF Research, Hafriz Hezry berkata, Tesla mungkin akan memberi tumpuan terutamanya pada ujian pasaran dan pembangunan rangkaian pengecasan EV pada dua tahun ini sebelum membuat keputusan mengenai pilihan hab pembuatan serantaunya. Katanya, Malaysia memiliki rantaian bekalan elektrik dan elektronik…