KUALA LUMPUR: Kerajaan mengkaji semula untuk menarik larangan eksport tenaga boleh diperbaharui (RE) yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu pada Oktober 2021. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya akan memperkenalkan rangka kerja untuk akses pihak ketiga (TPA) untuk grid kebangsaan pada suku ketiga tahun ini. Katanya, Malaysia boleh dan harus menjual RE pada kadar pasaran atau lebih tinggi daripada itu kerana permintaan…










