Wellous, DHL komited kurangkan pelepasan karbon - Utusan Malaysia

Wellous, DHL komited kurangkan pelepasan karbon

Ketua Pegawai Eksekutif Wellous, Andy Tan (kiri) bersama Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei, Julian Neo pada Majlis Menandatangani MoU di antara kedua-dua syarikat di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Wellous Group Limited menyasarkan untuk mengurangkan pelepasan karbon penghantaran antarabangsanya sebanyak 10 peratus setiap tahun menerusi dengan mengintegrasikan Prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam prosedur operasinya.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Wellous, Andy Tan berkata, bagi menyokong hasrat berkenaan, satu perjanjian persefahaman (MoU) telah dimeterai di antara Wellous bersama DHL Express di Asia Pasifik.

Menurut Andy, kerjasama tersebut juga menjadikan Wellous sebagai syarikat pertama di Asia Pasifik menggunakan perkhidmatan GoGreen Plus DHL dalam menyokong ESG.

“Kelestarian adalah asas kepada segala yang dilakukan hari ini bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat, komuniti dan persekitaran kawasan kami beroperasi.

“Kami sentiasa mencari alternatif yang lebih hijau dan pelaburan penyelesaian kelestarian adalah keutamaan Wellous di mana melalui perkongsian strategik ini, ia dapat menangani jejak karbon dari sumber dan memberi kesan positif kepada rantaian nilai kami. 

“Perjanjian ini juga turut menyokong hasrat kelestarian Wellous dalam mengurangkan pelepasan karbon penghantaran antarabangsa kami sebanyak 10 peratus setiap tahun,” katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani MoU di antara kedua-dua syarikat di sini, semalam.

Andy berkata, menerusi perjanjian, kedua-dua syarikat akan merangka kerja untuk meneroka kerjasama dalam inisiatif neutral iklim yang lain, komunikasi, perkongsian pengetahuan dan penglibatan komuniti. 

“Ia merupakan sebahagian daripada langkah Wellous dalam memenuhi hasrat mereka tentang kesedaran alam sekitar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei, Julian Neo menzahirkan penghargaan kepada Wellous kerana memilih untuk bekerjasama dengan DHL dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon.

“Dalam mengiktiraf peningkatan kepentingan pengangkutan udara dalam logistik moden, kita juga mesti sedar akan kesan buruknya terhadap perubahan iklim.

“Bersama-sama, kita boleh menjadi penggerak transformasi kelestarian di industri masing-masing di samping meningkatkan usaha kami untuk lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar berbanding sebelum ini,” katanya.

Baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2023 oleh DHL Express, GoGreen Plus membenarkan perniagaan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar daripada rantaian bekalan pengangkutan udara dengan jayanya.

Ia dicapai menerusi pengawalan karbon, di mana pembebasan karbon dioksida dan gas rumah hijau lain dikurangkan dengan mencampurkan bahan api jet konvensional bersama bahan api penerbangan mampan (SAF). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN