PETALING JAYA: WCE Holdings Berhad akan melupuskan keseluruhan 40 peratus kepentingan ekuitinya dalam Radiant Pillar Sdn Bhd (RPSB) kepada IJM Properties Sdn. Bhd. pada harga RM494 juta. Firma konsesi tol dan pembinaan itu berkata, sebahagian besar daripada hasil itu akan disalurkan ke arah projek Lebuhraya Pantai Barat. Jelasnya, ia akan membolehkan Kumpulan itu menjimatkan kos pembiayaan, sekiranya jumlah dana yang sama diperoleh daripada kaedah pembiayaan lain atau pinjaman. “Pelupusan itu…

 
								 
											









