Universiti Cyberjaya, Zelcos Biotech jalin kerjasama - Utusan Malaysia

Universiti Cyberjaya, Zelcos Biotech jalin kerjasama

PROF. Emeritus Datuk Dr. Mohamad Abd Razak (dua dari kiri) dan John Tan Choon Yee (dua dari kanan) menunjukkan memorandum perjanjian (MoA) yang ditandatangani baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Cyberjaya menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Zelcos Biotech Sdn. Bhd. untuk geran penyelidikan bernilai RM120,000 ke arah kemajuan penyelidikan biorefinery serangga, baru-baru ini.

Kerjasama tersebut bertujuan menghasilkan bioproduk inovatif melalui pembangunan makanan haiwan berasaskan mealworm atau cacing makan dengan mengkaji kesan diet yang berbeza pada komposisi cacing makan serta kaedah pemprosesan cacing makan.

Ia juga akan menandakan pertukaran pengetahuan yang ketara antara kedua-dua institusi dari segi penyelidikan serta amalan industri dan harta intelek.

Bekas Naib Canselor Universiti Cyberjaya, Prof Emeritus Datuk Dr. Mohamad Abdul Razak berkata, pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan Zelcos Biotech mengenai projek penyelidikan yang memberi manfaat kepada pusat penyelidikan melalui pertukaran maklumat merentas industri.

“Kerjasama ini juga memberi inspirasi kepada pelajar dengan kerja penyelidikan. Saya harap melalui kerjasama ini, kami terus menyediakan pembelajaran holistik untuk semua,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Zelcos Biotech, John Tan Choon Yee berkata, kepakaran dan sumber Universiti Cyberjaya bersama inovasi dan pemacu oleh Zelcos akan memastikan kejayaan projek.

“Saya berharap dapat bekerja dengan pasukan pakar universiti dan melihat hasil kerja kami dalam masa terdekat kerana kami menyediakan penyelesaian yang bukan sahaja membantu alam sekitar, tetapi juga memastikan keselamatan makanan untuk negara kita dan dunia,” ujarnya.

Kerjasama penyelidikan itu akan diketuai oleh Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pengajian Siswazah Universiti Cyberjaya, Profesor Madya Dr. Grrace Ng Hui Suan.

Universiti Cyberjaya terus memperkaya kecemerlangan penyelidikannya dalam industri melalui kerjasama dengan pemain industri dan menerajui pengetahuan dalam inovasi penyelidikan di seluruh negara dan di seluruh dunia. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.