Tambah pelaburan atau lebihkan simpanan?

Tambah pelaburan atau lebihkan simpanan?

ORANG ramai boleh melabur dalam pelbagai unit amanah diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

MALAYSIA telah menghadapi pelbagai cabaran ekonomi sejak beberapa bulan lalu, kesan daripada berlarutan pandemik Covid-19 kepada peningkatan kos sara hidup dan penurunan mata wang ringgit.

Walaupun keadaan ekonomi di Malaysia semakin pulih, bolehkah kita yakin bahawa rakyat akan terhindar daripada kemelesetan yang akan datang?

Ramai percaya bahawa peluang pelaburan yang baik wujud apabila saham jatuh secara drastik semasa kemelesetan. Tetapi, ramai juga perlu sedar bahawa terdapat beberapa faktor yang penting untuk mengelak daripada berbuat demikian.

Walaupun bijak untuk mempunyai wang simpanan sekiranya berlaku kecemasan, tidak semua orang mampu berbuat demikian.

Mengambil kira perkara itu, People System Consultancy (PSC) telah melancarkan program celik kewangan yang fokus kepada menyediakan rakyat Malaysia kefahaman tentang formula menggunakan kewangan seseorang dan strategi yang perlu dilakukan sekiranya mempunyai masalah kewangan, terutama semasa krisis ekonomi.

Dalam satu temubual melalui e-mel dengan UTUSAN MALAYSIA, Pengarah Eksekutif PSC, Raymond D. Gabriel berbesar hati untuk berkongsi pandangan tentang antaranya, aspek yang harus diambil kira semasa membuat keputusan kewangan dan apa yang lebih penting menyumpan atau melabur?

RAYMOND D. GABRIEL

 

UTUSAN:  Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil, manakah yang lebih penting bagi rakyat Malaysia, menyimpan atau melabur? Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan?

RAYMOND: Dengan pelbagai faktor yang menyebabkan ketidakstabilan dalam keadaan ekonomi di Malaysia, cara seseorang mengurus wang adalah sangat penting. Pertama sekali, seseorang individu harus menaksir(assess) situasi kewangan sendiri, dan menentukan apakan matlamat kewangan tersendiri. Dalam keadaan ekonomi sebegini, individu haruslah mempunyai simpanan buffer yang boleh digunakan untuk kecemasan seperti kehilangan sumber pendapatan atau jatuh sakit. Oleh itu, satu faktor yang individu boleh mempertimbangkan sebelum membuat keputusan menabung atau melabur adalah mengenalpasti bahawa jumlah yang telah disimpan itu cukup untuk menangani kecemasan.

Jumlah `Buffer savings’ boleh ditentukan mengikut perbelanjaan bulanan; ramai pakar kewangan menasihatkan untuk mempunyai simpanan perbelanjaan sekurang kurangnya enam bulan bagi menampung kecemasan yang tidak dijangka. Sekiranya individu telah mencapai simpanan tersebut, individu boleh memulakan pelaburan dengan ketepikan sedikit daripada gaji setiap bulan untuk digunakan untuk melabur.

Bagi jumlah untuk dilabur, individu boleh menggunakan teknik 50-30-20 untuk menguruskan bajet dan kewangan peribadi. Sebagai contoh, 50% dari jumlah pendapatan bersih (selepas cukai) digunakan untuk keperluan hidup; 30% boleh digunakan untuk kehendak dan 20% harus disimpan atau dilaburkan.

Semasa membuat pelaburan, pastikan wang yang ditinggalkan dalam akaun simpanan cukup untuk menanggungkan semua pembelanjaran dalam kehidupan seharian supaya kita tidak berbelanja melebihi kemampuan. Bagi individu yang baru atau ingin memula melabur, terdapat beberapa panduan yang boleh digunakan semasa merancang pelan pelaburan.

Pertama, mula melabur secepat mungkin: Melabur awal dan kerap, dan anda akan mempunyai lebih banyak peluang untuk meningkatkan potensi keuntungan pelaburan anda.

Kedua, melabur selama mana yang anda mampu: Melabur tanpa berdagang dalam pasaran boleh memberi anda pulangan yang lebih baik untuk pelaburan anda. Ia dipanggil pulangan terkompaun yang bermaksud anda akan mempunyai lebih banyak wang untuk persaraan anda.

Ketiga, pelbagaikan pelaburan anda untuk mengurangkan risiko: Jika  anda meletak semua wang anda dalam satu jenis pelaburan, anda berisiko untuk mengalami kerugian jika pelaburan itu jatuh nilai. Tetapi jika anda mempelbagaikan pelaburan anda, anda boleh mengurangkan risiko kerugian  wang anda.

Selain itu, pelaburan yang dijalankan secara konsisten dalam jangka masa yang panjang akan mewujudkan faedah kompaun, yang akan membolehkan kita membina simpanan yang kukuh.

Secara asasnya, inidividu harus peka untuk meningkatkan kecelikan kewangan untuk memperoleh kecekapan ilmu kewangan agar dapat menguruskan kewangan peribadi dengan efektif dan matlamat kewangan tidak kira untuk menabung atau melabur boleh tercapai.

Adakah keadaan ekonomi semasa di Malaysia kondusif untuk pelaburan?

Menurut mesyuarat perundingan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC), Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik tetapi kestabilan politik diperlukan untuk pertumbuhan ekonomi dan pelaburan. Walaupun terdapat unsur-unsur seperti inflasi, kenaikan kadar faedah, kebimbangan kemelesetan dan ketegangan geopolitik, ekonomi Malaysia masih mempunyai peluang pelaburan dalam pasaran.

Sebelum melabur, anda perlu memahami risiko yang terlibat, membuat penilaian tahap risiko untuk kelas aset yang ingin dilabur. Selepas membuat analisis yang teliti, pilih kelas aset dengan risiko dan pulangan yang bersepadan dengan situasi kewangan sendiri.

Ramai pakar (penganalisis) juga menasihat bahawa pelaburan harus dibuat untuk jangkaan panjang (2-3 tahun) agar dapat melihat pulangan yang substansial. Untuk melabur dengan berkesan, individu perlu merangkakan pelan yang strategik.

Menurut ketua pegawai pelaburan Phillip Capital, Ang Kok Heng: “Strategi pelaburan yang baik adalah untuk mengambil kira aspek risiko, purata pulangan pelaburan daripada percubaan untuk membeli saham semasa pasaran jatuh kerana tiada siapa yang tahu bila itu akan berlaku. Apabila pasaran melantun, orang ramai sering menyesal kerana tidak melabur lebih awal. Masuk, dan selepas satu atau dua tahun, anda akan gembira kerana telah membeli saham ketika harga rendah,”

Cadangan Raymond mengenai beberapa badan pelaburan yang berbaloi untuk dilaburkan pada masa ini?

Pelaburan khas dibuat mengikut kesesuaian dan kemampuan individu. Matlamatnya adalah untuk menjadikan wang anda berkembang dari semasa ke semasa melalui pulangan kesan kompaun. Ini boleh membantu anda menjana lebih banyak wang pada masa hadapan, dan membantu anda menjalani kehidupan yang selesa.

Antara beberapa pelaburan yang berisiko rendah adalah:

  1. Deposit Tetap (FD)
  2. Bon
  3. Amanah Saham Bumiputera (ASB)
  4. Unit Amanah

Bagaimana pendidikan tentang celik kewangan boleh mengelakkan masyarakat Malaysia daripada terjebak dalam kes penipuan? Bolehkah program celik kewangan ini menjadikan mereka lebih fokus untuk merancang masa depan dari segi kewangan?

Sebahagian daripada modul program PSC turut mendedahkan peserta terhadap jenayah siber dan penipuan (scam) yang seringkali terjadi, lebih-lebih lagi di era digital kini. Jenayah siber yang berleluasa kini meningkat sehingga 70 peratus antara 2017 dan Jun 2021 dan menyebabkan kerugian sebanyak RM2.23 bilion melalui kegiatan penipuan, pancingan data, pencerobohan data, penipuan e-mel, dan banyak lagi.

Kebiasaannya, penipuan berlaku apabila seseorang itu bersikap tamak, tidak meluangkan masa untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai apa-apa produk kewangan yang ditawarkan, atau terburu-buru mengikut orang lain.

Peserta program diseru untuk mengambil langkah berhati-hati apabila berhadapan dengan pelaburan yang memerlukan rekrut, bersifat samar-samar dan tidak telus, ditawarkan oleh entiti yang tidak dikenali atau tidak mempunyai kredibiliti, terlalu bergantung kepada reputasi, dan menjanjikan pulangan yang terlalu baik untuk menjadi kenyataan.

Ini membenarkan pihak PSC untuk menganalisis impak projek terhadap golongan yang telah menyertai program yang diadakan dan memastikan pendidikan secara berterusan sesuai dengan keadaan semasa dapat dijalankan.

Ciri ciri utama program celik kewangan PSC, visinya serta pelan untuk masa hadapan? 

Program celik kewangan PSC mengguna pakai kaedah gamifikasi dan pembelajaran berasaskan pengalaman sendiri dalam penyampaian maklumat. Berikut merupakan kaedah gamifikasi dan pembelajaran yang kami praktikkan:

  1. Menyampaikan informasi dan konten kewangan dalam bentuk yang ringan, seronok, dan tidak terlalu berat untuk diserap peserta program.
  2. Peserta didedahkan dengan prinsip dan nilai kewangan seperti menabung, menjejak perbelanjaan, membuat bajet perbelanjaan, memilih untuk menangguhkan kepuasan, memilih antara keperluan dan kemahuan, bersikap hati-hati dalam membuat keputusan kewangan, dan membuat pelaburan.
  3. Simulasi keadaan kewangan dan pembuatan keputusan kewangan membolehkan peserta merasakan sendiri perasaan apabila membuat keputusan yang bagus vs tidak bagus dan impak/kesan buruk sebarang keputusan tidak  bagus.
  4. Dengan menerusi experential learning dan teknik gamifikasi dengan memberi senario-senario sebenar yang berlaku kepada perserta-peserta supaya mereka melakukan kesilapan dan mendapat ikthibar/ pengajaran daripada simulasi tersebut.

Pertumbuhan pendigitalan yang pesat dalam kapasiti profesional dan penggunaan teknologi membolehkan PSC mempersenjatai teknologi dengan lebih cekap untuk mendekati peserta dan menyampaikan pengetahuan dalam celik perniagaan dan kewangan yang mungkin mereka kurang.

Ini bermaksud, bagi mereka yang berada di jauh atau mempunyai isu mobiliti juga boleh mendapat manfaat daripada program celik kewangan kami kerana kriteria untuk menyertai tidak membebankan dari aspek fizikal atau kewangan. Mereka hanya memerlukan masa dan alat electronic (telefon pintar/komputer)untuk hadir program kami.

Kami juga sedang mengusahakan aplikasi web yang direka khusus untuk keperluan peserta yang tinggal di kawasan miskin/luar bandar atau mempunyai batasan. Ciri-cirinya akan membolehkan mereka mengakses webinar dalam talian dan sesi bimbingan pada masa dan kadar mereka sendiri, menghapuskan keperluan untuk mereka mengembara atau mengambil cuti hanya untuk menampung sesi latihan dan pembelajaran.

Aplikasi ini direka bentuk secara human-centric, ia mudah dinavigasi oleh semua komuniti dan boleh diakses pada sebarang jenis alat elektronik (contoh; telefon, komputer riba, tablet), di mana semua pengguna boleh menggunakan teknologi dan ekosistem yang direka mengikut kesesuaian mereka .

Ini memastikan interaksi dan penglibatan yang rapat dengan peserta dengan mudah dan memintas tekanan fizikal dan kewangan yang terlibat dalam kaedah tradisional. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN