PETALING JAYA: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencapai persetujuan menjual keseluruhan kepentingan 74 peratus dalam Engen Ltd kepada Vivo Energy, salah satu pengendali runcit bahan api Afrika terbesar dan sebahagian daripada syarikat tenaga multinasional Vitol. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, Engen telah menjadi bahagian penting dalam portfolio perniagaan Kumpulan berkenaan selama hampir tiga dekad. Menurut beliau, pengiktirafan ke atas sejarah syarikat yang…










