Peluang syarikat pemula tempatan dapat pelabur AS

Peluang syarikat pemula tempatan dapat pelabur AS

BRIAN D. McFeeters menandatangani plak sebagai simbolik perasmian ruang pejabat Selangor Sandbox di pejabat Sidec, Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Syarikat pemula tempatan berpeluang menerima suntikan pelaburan daripada pelabur Amerika Syarikat (AS) dalam Pitch Malaysia USA Series 2023 yang dianjurkan Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, penganjuran julung kali oleh anak syarikat kerajaan negeri itu bertujuan memberi peluang kepada syarikat kategori itu mengembangkan perniagaan mereka di peringkat global.

“Akhirnya, kami berharap syarikat ini mendapat pelaburan yang bersesuaian dengan perniagaan yang diusahakan mereka.

“Selain itu, ia adalah salah satu usaha bagi membantu kerajaan Malaysia untuk mewujudkan lima syarikat berstatus unicorn (syarikat pemula yang bernilai lebih USD 1 bilion) menjelang tahun 2025,” katanya selepas pelancaran program Pitch Malaysia USA Series 2023 dan ruang pejabat Selangor Sandbox di pejabat Sidec di sini, hari ini.

Beliau menambah, Sidec dan Kedutaan AS di Malaysia menetapkan beberapa kriteria untuk syarikat pemula tempatan menyertai program berkenaan.

“Antara kriteria ditetapkan adalah syarikat yang sudah berstatus diperbadankan (incoparated) kurang daripada 10 tahun. Selain itu, syarikat sudah meraih pendapatan sekurang-kurangnya AS$1 sejuta dalam tempoh 12 bulan pada tahun lalu.

“Syarikat berkenaan juga perlu menggunakan teknologi dalam penghasilan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan mereka,” ujarnya.

Katanya lagi, hanya 10 buah syarikat pemula yang akan dipilih mewakili negara dalam program Pitching Malaysia USA 2023 yang mana, kesemua syarikat akan melawat beberapa syarikat besar AS pada 25 April ini.

Sementara itu, Duta Besar AS ke Malaysia, Brian D. McFeeters berkata, kerajaan AS sentiasa mengalu-alukan pelabur luar melabur di negaranya bagi merancakkan lagi ekonomi global.

Menurutnya, AS menjadi pilihan pelabur luar sejak 10 tahun kebelakangan kerana sentiasa menyediakan peluang perniagaan luas kepada pelabur global. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN