KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) tidak terikat dengan tindakan mana-mana bank pusat dalam menetapkan kadar faedah atau kadar dasar semalaman (OPR). Sebaliknya, Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus menjelaskan, kenaikan OPR diputuskan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari berdasarkan persekitaran dan pertumbuhan ekonomi domestik. “Saya ingin menegaskan, kami tidak menetapkan OPR kami berdasarkan keputusan bank pusat lain ke atas dasar monetari mereka,” katanya dalam sidang akhbar Prestasi Ekonomi Suku…










