Lighthouse Canton, Alta bekerjasama dalam strategi hutang teroka baharu - Utusan Malaysia

Lighthouse Canton, Alta bekerjasama dalam strategi hutang teroka baharu

KELVIN LEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Firma pelaburan global, Lighthouse Canton telah bekerjasama dengan Alta, pasaran digital terbesar di Asia Tenggara untuk aset alternatif, dalam strategi hutang teroka baharunya.

Kerjasama kedua-dua pihak itu menyediakan akses bagi pelabur Alta kepada aset kelas hutang teroka yang semakin meningkat. 

Ia juga akan membolehkan komuniti pelabur Alta berada pada kedudukan yang baik untuk menggerakkan modal bagi ekosistem permulaan rantau ini.

Strategi hutang teroka Lighthouse Canton menyediakan modal hutang kepada syarikat permulaan berasaskan teknologi dengan model perniagaan yang mantap dan kukuh di seluruh Asia Tenggara dan India. 

Ketua Pengurusan Aset Global Lighthouse Canton, Sanket Sinha berkata, pihaknya melihat ekosistem usaha niaga yang lebih matang seperti Amerika Syarikat (AS) dan Eropah akan wujud oleh sebab peningkatan 15 hingga 20 peratus jumlah pembiayaan modal teroka. 

“Peluang ini juga dikatakan akan berkembang tiga hingga empat kali ganda dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan. 

Sementara itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Alta,  Kelvin Lee berharap perkembangan dan aktiviti modal teroka dan permintaan terhadapnya akan terus meningkat. 

Beliau berkata, Alta akan terus komited untuk mencipta dan memberi akses kepada komuniti global, iaitu mereka yang terdiri daripada lebih 1 juta pelabur kepada peluang inovatif dan membuka jalan bagi firma seperti Lighthouse Canton untuk berhubung dengan pelabur strategik yang bersesuaian dengan mereka.

Dana hutang teroka Lighthouse Canton telah berjaya mencapai penutupan tawaran pertama pada awal Januari 2023 selepas ia menerima penyertaan yang sangat memuaskan daripada rangkaian institusiinstitusi global dan family office. 

Selepas penutupan tawaran pertama, firma itu telah mula menggunakan modal merentasi lima syarikat seperti sektor teknologi kewangan (FinTech), teknologi kesihatan (HealthTech), teknologi hartanah (PropTech) dan Teknologi Pengguna.

Walaupun hutang teroka merupakan kelas aset baharu di Asia Tenggara, Lighthouse Canton dan Alta melihat akan peluang besar untuk ianya meningkat di seluruh Asia Tenggara berbanding AS dan Eropah.

Lebih daripada AS$30 bilion (RM132.96 bilion) telah dipinjamkan kepada syarikat pemula modal teroka di Amerika Syarikat antara 2019 hingga 2021, sementara di Asia Tenggara pula kurang daripada AS$1 bilion (RM4.43 bilion) pada 2021.

Strategi hutang teroka Lighthouse Canton terdiri daripada Syarikat Variable Capital (VCC) yang berpangkalan di Singapura untuk pelaburan di Asia Tenggara, dan Dana Pelaburan Alternatif (AIF) Kategori II untuk pelaburan di India. 

Ia sebelum ini melancarkan perkongsian untuk melabur dalam ekuiti teroka dalam ekosistem permulaan India, dan berjaya menutup dana AS$40 juta (RM177.28 juta) untuk melabur dalam 27 syarikat pra-siri A dan siri A merentasi pelbagai sektor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya