LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan pelaburan baharu bernilai RM1 bilion pada tahun ini membabitkan pelbagai sektor komersial termasuk pembinaan hotel bertaraf empat dan lima bintang di pulau peranginan itu. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Sektor Perancangan dan Pembangunan) LADA, Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin berkata, antara sektor komersial lain yang berada dalam perancangan adalah produk eko-pelancongan dan pusat beli-belah. Menurutnya, LADA mengalu-alukan pelbagai jenis bentuk pelaburan ke Pulau Langkawi dalam…










