Jualan Realme 10 dijangka kukuh - Utusan Malaysia

Jualan Realme 10 dijangka kukuh

Michelle menerangkan spesifikasi serta kelebihan Realme 10 pada majlis pelancarannya di SEGi University Kota Damansara, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Realme Malaysia menyasarkan jualan telefon pintar baharunya, Realme 10, melebih 50 peratus daripada jualan Realme 9 sebelum ini.

Pengurus Produk Realme Malaysia, Michelle Tiong berkata, ciri-ciri istimewa yang ada pada Realme 10 serta harganya yang mampu milik bakal melonjakkan lagi jualan telefon pintar tersebut.

Menurut Michelle, Realme 10 didatangkan dengan beberapa spesifikasi menarik antaranya, cipset Mediatek Helio G99 6nm, 16GB RAM dan storan bersaiz 256GB beserta skrin AMOLED Full HD 6.4-inci yang dilindungi dengan Gorilla Glass 5.

“Realme 10 ini dihasilkan bagi membolehkan lebih ramai pengguna merasainya memandangkan harga yang diletakkan adalah di bawah RM1,000 bagi memastikan semua mampu memilikinya.

“Jadi, kami menyasarkan jualan Realme 10 melebihi 50 peratus daripada jualan generasi sebelum ini (Realme 9) serta disokong oleh penguasaan pasaran Realme di Malaysia,” katanya pada Majlis Pelancaran Realme 10 di SEGi University Kota Damansara, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Michelle berkata, Realme Malaysia turut mensasarkan golongan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan wanita bekerjaya sebagai pelanggan utama bagi Realme 10.

Katanya, telefon pintar bersaiz 6.4 inci dengan reka bentuknya yang nipis dan ringan itu amat sesuai buat golongan wanita berkerjaya, manakala bagi pelajar pula ia bakal memberikan pengalaman bermain permainan yang lancar.

“Bagi memberi peluang kepada pelajar memiliki Realme 10, kami juga turut memberi tawaran istimewa melalui pelan ansuran tanpa faedah di bawah Projek ‘Walk in University’.

“Selain itu, di bawah Projek ‘Walk in University’ Realme Malaysia juga turut menyediakan biasiswa berjumlah RM150,000 kepada mereka yang layak bagi melahirkan graduan yang relevan dengan industri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya