PETALING JAYA: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dijangka berada dalam lingkungan 4.2 peratus hingga 5.5 peratus pada 2023 walaupun Malaysia berisiko berdepan kelembapan ekonomi. Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Rasidah Mohd. Rashid berkata, walaupun ketidakpastian menyelubungi pertumbuhan global terutamanya kerana kesan pengetatan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang agak berisiko, namun KDNK Malaysia suku ketiga 2022 meningkat…










