SEPANG: Syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) baharu, MYAirline Sdn. Bhd. menyasarkan untuk melancarkan perkhidmatan penerbangan bagi laluan antarabangsa bermula suku pertama 2023. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rayner Teo berkata, MYAirline meninjau untuk melebarkan sayap ke pasaran serantau membabitkan Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. “Jika semuanya berjalan lancar, kami berharap dapat menyasarkan penerbangan antarabangsa pertama pada penghujung suku pertama tahun hadapan. “Ia sedikit rumit dari segi mendapatkan kelulusan kerana kita perlu mempunyai…










