MIDA, CREST, Dassault Systèmes Singapore sokong transformasi Industri 4.0 PKS - Utusan Malaysia

MIDA, CREST, Dassault Systèmes Singapore sokong transformasi Industri 4.0 PKS

ARHAM ABDUL RAHMAN (tiga dari kiri) pada majlis menandatangani MoU antara MIDA, CREST dan Dassault Systèmes Singapore Pte. Ltd di pejabat MIDA, Stesen Sentral di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Collaborative Research in Engineering and Science and Technology Centre (CREST) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ke arah transformasi Industri 4.0.

MoU yang turut ditandatangani dengan Dassault Systèmes Singapore Pte. Ltd tersebut bertujuan untuk mewujudkan jawatankuasa pemandu bagi membincangkan skop, keperluan, peranan dan rancangan dalam menyokong PKS Malaysia.

Ini bagi memudahkan perjalanan transformasi mereka ke Industri 4.0 serta meningkatkan kerjasama berasaskan awan melalui penggunaan penyelesaian Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) bertaraf dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Wira Arham Abdul Rahman berkata, inisiatif tersebut tepat pada masanya untuk memartabatkan PKS tempatan dan melengkapkan mereka dengan teknologi terkini untuk meningkatkan kecekapan perniagaan mereka.

“Kami berbangga dengan penglibatan MIDA dalam inisiatif ini untuk memperkasakan firma dan PKS Malaysia untuk memperkukuh keupayaan teknikal mereka dan menerima teknologi moden, sekali gus membolehkan mereka maju dan berkembang.

“Ini menandakan usaha kerajaan untuk mendorong pemain industri terutamanya pemain domestik dan PKS untuk menerima teknologi baharu dan merealisasikan potensinya dengan menggunakan penyelesaian teknologi ERP,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat MIDA, Stesen Sentral di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CREST, Jaffri Ibrahim berkata, kerjasama tersebut akan memanfaatkan kepakaran kolektif pihak yang terlibat untuk membantu perniagaan tempatan melalui pendekatan serampang tiga mata.

“Ini termasuk membolehkan kesediaan Industri 4.0, menyediakan akses kepada pasaran global dan mengguna pakai kerjasama berasaskan awan yang sebenar.

“Hasratnya adalah untuk membangunkan program untuk meningkatkan kecekapan dan operasi PKS di Malaysia dengan penyelesaian ERP, bertujuan untuk menyepadukan proses dan aplikasi perniagaan,” ujarnya.

Tambah beliau, melalui penggunaan penyelesaian Dassault yang juga berjalan pada Microsoft Azure, PKS boleh mempercepatkan proses pengenalan produk baharu mereka dan membawa lebih banyak produk ke pasaran dengan sumber yang sama tersedia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya