Jualan kenderaan meningkat kepada 64,404 pada November

Jualan kenderaan meningkat kepada 64,404 pada November

X50 antara model Proton yang mencatat jualan tinggi di pasaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jualan kende­raan di Malaysia meningkat ke­pada 64,404 unit pada November lalu berbanding 60,047 unit yang direkodkan pada bulan sama tahun lalu.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata, jualan kenderaan penumpang melonjak kepada 57,545 unit pada November 2022 daripada 53,855 unit pada November 2021, manakala jualan kenderaan komersial meningkat kepada 6,859 unit daripada 6,192 unit.

Katanya, dari segi perbandi­ngan bulan sebelumnya, jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi November adalah enam peratus lebih tinggi berbanding 61,002 unit pada Oktober.

“Jumlah jualan dari awal tahun hingga November naik 45 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

“Syarikat kereta terus memenuhi banyak tempahan yang diterima sebelum 30 Jun 2022,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Bagi 11 bulan pertama tahun ini, MAA berkata, jualan naik kepada 642,306 unit berban­ding 443,636 unit dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Dari segi jumlah pengeluaran, MAA memberitahu, sebanyak 65,669 kenderaan dikeluarkan pada November 2022 berban­ding 58,079 unit pada bulan yang sama tahun sebelumnya

“Pengeluaran kenderaan penumpang meningkat kepada 60,657 unit pada November berbanding 53,661 unit pada bulan sama tahun lalu manakala pengeluaran kenderaan komersial juga naik 5,012 unit daripada 4,418 unit sebelumnya,” ujarnya.

Mengenai unjuran untuk Disember, MAA menjangkakan jumlah jualan lebih tinggi yang mana syarikat automotif terus memenuhi tempahan selain promosi akhir tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN