Bajet 2023 perlu fokus tingkat pendapatan rakyat - Utusan Malaysia

Bajet 2023 perlu fokus tingkat pendapatan rakyat

BAJET 2023 perlu menitikberatkan kaedah meningkatkan pendapatan rakyat. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bajet 2023 di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menumpukan kepada kebajikan rakyat dan kaedah berkesan membangunkan ekonomi negara supaya pendapatan rakyat kembali meningkat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, ketika ini, sektor eksport mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan dengan lebih dagangan setiap bulan.

Bagaimanapun katanya, kesan positif tersebut tidak sampai kepada rakyat iaitu dari segi kenaikan pendapatan kepada kira-kira 15 juta tenaga kerja negara.

“Pertumbuhan ekonomi yang positif harus seiring dengan kenaikan pendapatan rakyat. Bajet 2023 yang telah dibentangkan dahulu mungkin boleh diperbaiki sedikit sahaja kerana perubahan yang banyak mungkin tidak realistik kerana tempoh masa yang sudah menghampiri hujung tahun.

“Kerajaan perlu menambahkan lagi perbelanjaan untuk menggalakkan ekonomi domestik negara melalui bantuan langsung kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), mencipta peluang pekerjaan dan membina pasaran baharu kepada barangan keluaran Malaysia,” katanya.

Aimi Zulhazmi menjelaskan, sekiranya ada penambahbaikan kepada Bajet 2023 seperti pengenalan subsidi bersasar, maka perkara tersebut boleh disediakan untuk 2024. 

Ujarnya, kerajaan juga perlu mengukuhkan mata wang negara dengan menarik mata wang asing ke Malaysia misalnya dengan menggalakkan para pelancong asing.

“Kos pinjaman juga perlu diturunkan untuk menggalakkan perniagaan mengembangkan operasi masing-masing, lalu menambahkan lagi peluang pekerjaan dan meningkatkan nilai rantaian bekalan dalam ekonomi negara.

“Apabila mata wang ringgit dikukuhkan, maka ia akan mengurangkan kenaikan harga makanan yang kini diimport dengan banyak iaitu RM63 bilion pada tahun lalu dan dijangka naik lagi untuk tahun 2022. 

“Ini adalah antara satu penyelesaian untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat,” jelasnya.

Terdahulu, Anwar memaklumkan, Bajet 2023 akan diteliti semula dan diubah suai dengan mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kewangan (MOF) serta Kabinet kerajaan perpaduan yang baharu sebelum dibentangkan awal tahun depan.

Beliau berkata, sebahagian besar daripada belanjawan itu boleh diterima walaupun ramai yang membuat andaian beliau akan menentang semua cadangan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya