ELK-Desa catat pertumbuhan keuntungan sebelum cukai 141%

ELK-Desa Resources catat pertumbuhan keuntungan sebelum cukai 141 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ELK-Desa Resources Berhad mencatatkan pertumbuhan untung sebelum cukai yang kukuh sebanyak RM15.23 pada suku kedua tahun kewangan berakhir 30 September 2022, naik 141 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Penyedia pembiayaan bukan bank yang memfokuskan segmen kereta terpakai tersebut merekodkan pendapatan sebanyak RM36.04 juta suku tersebut, naik 54 peratus daripada suku yang lalu.

Syarikat itu dalam kenyataan berkata, pendapatan dan untung sebelum cukai yang lebih tinggi dipacu oleh segmen sewa beli dan perabot.

Pada 30 September 2022, jumlah sewa beli Kumpulan yang boleh diterima berjumlah RM521.12 juta, iaitu 11 peratus lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.

Menyokong peningkatan dalam penghutang sewa beli, pinjaman bank Kumpulan meningkat sebanyak 37 peratus, hasil daripada pengeluaran kemudahan pendiskaunan blok yang lebih tinggi.

Namun begitu, keberhutangan Kumpulan kekal pada tahap rendah pada 0.43 kali untuk tempoh tersebut.

Bagi segmen perabot pula, hasil bagi suku tersebut meningkat 152 peratus kepada RM11.95 juta, manakala Kumpulan memperoleh keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.13 juta berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM0.27 juta dalam suku sama tahun lalu.

Prestasi yang bertambah baik itu disebabkan terutamanya oleh jualan perabot yang lebih tinggi pada suku berkenaan berbanding semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memberi gangguan terhadap operasi perabot pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Sementara itu, pendapatan syarikat juga meningkat sebanyak meningkat sebanyak 37 peratus kepada RM74.99 juta bagi enam bulan pertama tahun kewangan, manakala keuntungan sebelum cukai meningkat sebanyak 192 peratus kepada RM38.60 juta bagi tempoh yang sama.

Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak 4.5 sen sesaham bagi tahun kewangan tersebut berakhir 31 Mac 2023, berbanding 2.0 sen sesaham bagi tahun sebelumnya.

Dividen akan dibayar pada 16 Disember 2022 kepada pemegang saham yang namanya tertera dalam rekod pendeposit Kumpulan pada 7 Disember 2022.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangannya, Teoh Seng Hee berkata, sumbangan keuntungan yang ketara daripada segmen sewa beli dalam enam bulan pertama tahun kewangan dilaporkan adalah daripada pembalikan elaun rosot nilai ke atas penghutang sewa beli.

“Walau bagaimanapun, kami tidak menjangka trend pembalikan sedemikian akan berterusan untuk baki tahun kewangan berikutan ketidaktentuan dalam persekitaran operasi seperti peningkatan kos sara hidup dan tamat tempoh moratorium pinjaman bank yang memberi kesan kepada pendapatan pelupusan peminjam.

“Kumpulan telah mencapai prestasi kewangan yang lebih baik dalam enam bulan pertama tahun kewangan 2023 berbanding keseluruhan 2022, yang menunjukkan perniagaan Kumpulan kembali kepada normalisasi selepas pandemik global.

“Melangkah ke hadapan, Lembaga Pengarah ELK-Desa akan berusaha untuk meneruskan momentum ini dan memberikan prestasi yang lebih baik untuk tahun kewangan semasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN