Aktiviti ambil untung, Bursa Malaysia dibuka positif pagi ini

Aktiviti ambil untung, Bursa Malaysia dibuka positif pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pagi ini didorong oleh aktiviti mengambil untung selepas pasaran mengalami kejatuhan semalam disebabkan sentimen berhati-hati para pelabur berikutan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang menyaksikan kerajaan masih gagal dibentuk setakat ini.

Pada pukul 9.05 pagi ini, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.34 mata kepada 1,449.3 daripada 1,447.96 semalam.

Sementara itu, setakat pukul 9 pagi ini, ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolas AS pada 4.5745/5830 berbanding penutup semalam 4.5770/5850.

Keputusan PRU15 Sabtu lalu menyaksikan Parlimen tergantung selepas tiada mana-mana parti dapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, terus memberi kesan kepada prestasi semasa pasaran saham dan ringgit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya