PETALING JAYA: CTOS Digital Berhad, melalui anak syarikatnya, CTOS IDS Sdn. Bhd., telah melancarkan perkhidmatan baharu dengan kerjasama OTOFACTS yang membolehkan pengguna menyemak sejarah kenderaan terpakai yang hendak dibeli. Platform dalam talian Semakan Kenderaan CTOS baharu akan menawarkan solusi sehenti yang memberikan akses mudah kepada laporan komprehensif mengenai kenderaan bermotor terpakai atau dibaik pulih yang didaftarkan di Malaysia, Jepun dan United Kingdom (UK). Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital Berhad,…