Rizab BNM menyusut kepada AS$106.1 bilion

Rizab BNM menyusut kepada AS$106.1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$106.1 bilion (RM493.36 bilion) pada 30 September 2022, menyusut daripada AS$106.3 bilion (RM494.29 bilion) pada 15 September lalu.

Menurut BNM, paras rizab itu mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

“Paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.6 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Komponen utama rizab antarabangsa terbabit meliputi rizab mata wang asing sebanyak AS$94.6 bilion (RM439.89 bilion), kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarbangsa (IMF) sebanyak AS$1.3 bilion (RM6.04 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) AS$5.5 bilion (RM25.57 bilion), emas AS$2.1 bilion (RM9.76 bilion) dan aset rizab lain AS$2.6 bilion (RM12.09 bilion),” katanya dalam kenyataan.

Aset berkenaan merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM491.93 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.64 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM43.98 bilion).

Selain itu, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM153.66 bilion), mata wang dalam edaran (RM156.78 bilion), deposit institusi kewangan (RM172.49 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM15.61 bilion), deposit lain (RM34.24 bilion), kertas Bank Negara (RM9.68 bilion), peruntukan SDR (RM28.7 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.8 bilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN