Pulau Pinang catat jumlah dagangan tertinggi RM72.4 bilion

Pulau Pinang catat jumlah dagangan tertinggi RM72.4 bilion pada September 2022

ANTARA lima negeri pengeksport utama, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 33.2 peratus. -UTUSAN/AMIR IRSYAD OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pulau Pinang mencatatkan jumlah dagangan tertinggi sebanyak RM72.4 bilion pada September 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

DOSM berkata, pada bulan dilaporkan, Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM256.9 bilion dengan nilai eksport sebanyak RM144.3 bilion dan import bernilai RM112.6 bilion.

Katanya, eksport pada September meningkat sebanyak RM33.4 bilion (+30.1 peratus) berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

“Eksport lebih tinggi direkodkan bagi kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (+RM14.4 bilion), Johor (+RM8.3 bilion), Sarawak (+RM5.0 bilion), Selangor (+RM2.8 bilion), Kedah (+RM1.5 bilion), Wilayah Persekutuan Labuan (+RM1.0 bilion), Sabah (+RM555.8 juta), Negeri Sembilan (+RM371.4 juta), Terengganu (+RM271.2 juta), Melaka (+RM108.8 juta) dan Perlis (+RM63.6 juta).

“Walau bagaimanapun, eksport menyusut di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (-RM430.4 juta), Pahang (-RM263.9 juta), Perak (-RM170.7 juta) dan Kelantan (-RM118.0 juta),” katanya dalam kenyataan.

Menurut DOSM, import pada September 2022 juga meningkat sebanyak RM27.9 bilion (+RM33.0 peratus) berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

Jelasnya, peningkatan import didorong oleh import yang lebih tinggi oleh semua negeri iaitu Johor (+RM9.7 bilion), Selangor (+RM5.9 bilion), Pulau Pinang (+RM3.5 bilion), Kedah (+RM1.7 bilion), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (+RM1.7 bilion), Melaka (+RM1.3 bilion), Sarawak (+RM1.0 bilion), Negeri Sembilan (+RM85.8 juta), Perak (+RM682.9 juta), Wilayah Persekutuan Labuan (+RM625.2 juta), Sabah (+RM360.5 juta), Pahang (+RM199.0 juta), Terengganu (+RM95.7 juta), Perlis (+RM43.7 juta) dan Kelantan (+RM3.4 juta).

“Antara lima negeri pengeksport utama, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 33.2 peratus, diikuti Johor (21.2 peratus), Selangor (17.0 peratus), Sarawak (8.5 peratus) dan Wilayah Persekutuan (3.3 peratus).

“Sementara itu, bagi import, Selangor merupakan penyumbang utama dengan 25.8 peratus, diikuti Johor (23.5 peratus), Pulau Pinang (21.7 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (6.6 peatus) dan Kedah (6.0 peratus),” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN