Pasaran modal penting kekalkan momentum pemulihan

Pasaran modal penting kekalkan momentum pemulihan

AWANG ADEK HUSSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bajet 2023 dilihat mampu mengekalkan momentum pemulihan Malaysia, seterusnya memacu pertumbuhan inklusif dan meningkatkan daya saing ekonomi negara, menurut Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Suruhanjaya itu berkata, Bajet 2023 meningkatkan daya tahan ekonomi dengan memudahkan pembaharuan dan disiplin fiskal yang diperlukan untuk pertumbuhan yang mampan.

Inisiatif pasaran modal yang diumumkan hari ini mengesahkan semula peranan pentingnya dalam menyokong pemulihan pasca pandemik selain melengkapkan dan membantu usaha meningkatkan keyakinan pasaran, menggalakkan pertumbuhan dan memangkin pelaburan sektor swasta dalam ekonomi.

Justeru, langkah-langkah utama untuk Pasaran Modal antaranya SC akan melancarkan program berbilang tahun untuk membina saluran paip bakat siswazah yang mampan untuk pasaran modal.

Dibiayai oleh Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF), Program Siswazah Pasaran Modal akan menjadi kerjasama sektor swasta-awam untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam industri pasaran modal.

Ini akan berjumlah RM30 juta dalam tempoh tiga tahun dan memberi manfaat kepada 9,000 peserta.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata, penubuhan program bakat siswazah akan membantu memperjuangkan pembinaan saluran paip bakat berkemahiran yang mampan untuk pasaran modal.

Ujarnya, ini akan menyumbang kepada pembinaan negara dan menangani defisit bakat.

“Defisit bakat adalah fenomena global yang akan memberi kesan kepada trajektori pertumbuhan ekonomi secara global. Oleh itu, adalah wajar Bajet 2023 mengutamakan peningkatan kumpulan tenaga kerja merentasi pelbagai sektor ekonomi.

“Langkah-langkah yang bertujuan menggalakkan pertumbuhan pembiayaan alternatif bagi syarikat-syarikat ini akan menyediakan penyelesaian baharu untuk membantu pemulihan mereka, yang telah ketinggalan berbanding ekonomi yang lebih luas.

“Tambahan RM30 juta yang diperuntukkan kepada MyCIF akan terus menyokong keperluan pembiayaan dan memangkin pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Bajet 2023 juga akan menyokong dan mengukuhkan sumbangan wanita dalam kedua-dua sektor awam dan swasta, dengan penubuhan perkongsian awam-swasta untuk menyediakan program latihan berstruktur untuk bakat wanita,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN