Microsoft berhentikan 1,000 pekerja seluruh dunia

Microsoft berhentikan 1,000 pekerja seluruh dunia

MICROSOFT dilaporkan akan mengurangkan pekerjanya di pelbagai peringkat di seluruh dunia dalam usaha mengukuhkan operasi disebabkan ketidaktentuan ekonomi dan pasaran global. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Microsoft me­ngumumkan akan memberhentikan sebahagian pekerjanya berikutan jangkaan perolehan yang rendah didorong oleh hasil jualan lesen Windows untuk komputer yang lebih lemah.

Menurut laporan portal ­Axios, pemberhentian tersebut melibatkan pelbagai bahagian, tidak fokus kepada mana-mana produk secara khusus.

Syarikat pembuat perisian tersebut bagaimanapun tidak memberitahu jumlah pekerja yang akan diberhentikan, namun sumber memberitahu, jumlah­nya adalah sekitar 1,000 pekerja.

Tindakan tersebut adalah contoh syarikat teknologi besar yang terpaksa memberhentikan pekerja mereka atau membekukan pengambilan pekerja baharu untuk mengoptimumkan operasi dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil ketika ini.

“Seperti semua syarikat, kami menilai keutamaan perniagaan secara tetap, dan membuat pelarasan struktur sewajarnya.

“Kami akan terus melabur dalam perniagaan kami dan men gupah (tenaga kerja) dalam bidang pertumbuhan utama pada tahun hadapan,” kata Microsoft dalam kenyataan kepada Axios.

Menurut laporan tersebut, pemberhentian membabitkan pelbagai peringkat, pasukan dan bahagian di seluruh dunia.

Tambahnya, beberapa pe­ker­ja yang diberhentikan beralih kepada media sosial se­per­ti Twitter dan Blind untuk berkongsi berita bahawa mereka telah diberhentikan.

Sebelum Microsoft, sejumlah syarikat lain turut bertindak mengurangkan pekerja mereka, di samping menghentikan pengambilan pekerja baharu. Antara syarikat terlibat terma­suk Twitter, Snap dan Flipboard. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN