PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menggantung Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal milik Pengarah Eksekutif dan Pengurus Dana Inter-Pacific Asset Management Sdn. Bhd. (IPAM) Datuk Nazri Khan Adam Khan untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa sejak 6 Oktober lalu. Pihak pengurusan IPAM berkata, mereka sedang membuat rayuan susulan penggantungan itu selain menegaskan penggantungan adalah disebabkan pelanggaran pentadbiran dan bukannya mengenai pengurusan dana. Menurutnya, IPAM mempunyai rekod prestasi yang kukuh…










