Giant beri diskaun kepada warga emas

Giant beri diskaun kepada warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. menawarkan diskaun tambahan sebanyak tiga peratus setiap Rabu untuk pelanggan warga emas di semua  pasar raya  Giant.

Pengarah Pemasaran (Makanan) Asia Tenggara DFI Retail Group, Lee Yik Hun dalam satu kenyataan berkata, setiap warga emas akan menikmati diskaun tambahan sebanyak tiga peratus  tanpa sebarang perbelanjaan minimum.

Katanya, diskaun tambahan tersebut terpakai untuk produk  promosi kecuali pembelian rokok, susu tepung bayi, E-Pay, baucar hadiah/kad hadiah, pembayaran bil dan tambah nilai prabayar serta tambah nilai ‘Touch ‘n Go.

“Kempen promosi ini diadakan bagi membantu pelanggan menghadapi pemulihan ekonomi yang mencabar dengan mengekalkan harga rendah walaupun kadar inflasi meningkat.

“Giant memberi lebih penjimatan harga untuk warga emas bermula semalam  sehingga hujung tahun ini. Kempen ini memberi semua warga emas termasuk yang berstatus penduduk tetap dengan hanya mengemukakan MyKad sebagai pengesahan semasa pembayaran,” katanya.

Dalam pada itu, Yik Hun berkata, Giant memperkenalkan beberapa barangan penting dengan harga lebih kompetitif  di bawah kempen ‘Harga Lagi Rendah Lagi Lama’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN