Geran digital bantu Louise harungi cabaran pandemik

Geran digital MDEC bantu Louise harungi cabaran pandemik

GERAN
LOUISE Chu menggunakan geran yang dipohon melalui MDEC untuk membantu melancarkan usaha memasarkan produk Claire Organic menggunakan platform digital.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mengharungi cabaran ketika pandemikk Covid-19 memaksa usahawan produk penjagaan kulit berasaskan bahan semula jadi, Louise Chu menukar strategi perniagaannya dengan beralih ke platform digital.

Namun ia bukan sesuatu yang mudah terutama dalam mengharungi cabaran untuk mengekalkan perniagaannya pada ketika itu.

Louise berkata, produk penjagaan kulit itu diinspirasikan daripada produk sabun pertama yang beliau hasilkan untuk kegunaan anak perempuannya, Nora Claire.

Sejak itu, katanya, dia mula berminat untuk menghasilkan produk kecantikan kulit yang berasaskan bahan semula jadi untuk dipasarkan ke seluruh negara yang menggunakan jenama Claire Organic sempena nama anak perempuannya.

Dengan menukar strategi mengembangkan perniagaannya melalui platform digital, beliau turut memohon Skim Geran Pendigitalan PKS yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam Bajet 2022.

“Sebagai usahawan, inisiatif geran ini sangat memberi manfaat. Ia membantu perniagaan saya yang berkembang melalui platform digital dan e-dagang serta media sosial,” katanya.

Oleh itu beliau mencadangkan kepada para usahawan supaya mengembangkan perniagaan mereka dengan meneroka platform digital dan boleh eh memohon dana melalui Skim Geran Pendigitalan IKS ini.

Geran yang dipohon melalui MDEC itu katanya, telah membantu melancarkan usaha terbaharu beliau memasarkan produk Claire menggunakan platform digital.

Skim Geran Pendigitalan PKS bernilai RM38.61 juta itu melibatkan 21,575 penerima. Ini adalah inisiatif geran untuk membantu PKS mengguna pakai perkhidmatan pendigitalan dalam operasi perniagaan harian.

Pendigitalan

Geran padanan berjumlah 50 peratus sehingga RM5,000 akan disediakan bagi setiap syarikat PKS yang layak bagi langganan perkhidmatan pendigitalan untuk meningkatkan daya persaingan dan produktiviti perniagaan.

Geran padanan ini terhad untuk satu permohonan sahaja bagi setiap PKS. PKS dibenarkan untuk memohon sehingga tiga jenis perkhidmatan pendigitalan dengan satu atau lebih pembekal perkhidmatan pendigitalan yang berdaftar dengan Perbadanan Multimedia Malaysia (MDEC) yang merupakan pembekal perkhidmatan ini.

Geran ini dibekalkan oleh Kerajaan untuk tempoh lima tahun bermula 17 Februari 2020 atau apabila mencapai 100,000 permohonan, yang mana terdahulu.

Menariknya tiada sebarang yuran dikenakan untuk tujuh aspek perkhidmatan pendigitalan yang boleh dipilih iaitu Sistem Electronic Point of Sale (e-POS), Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR)/Customer Relationship Management (CRM), Pemasaran Digital / Jualan, Perolehan, Enterprise Resource Planning (ERP) / Perakaunan & Cukai, E-dagang dan Kerja Jarak Jauh.

PKS yang memenuhi kriteria yang dinyatakan layak dan digalakkan untuk memohon adalah syarikat yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60 peratus warganegara Malaysia; syarikat mesti berdaftar di bawah Akta yang relevan di Malaysia dan diklasifikasikan sebagai PKS dan telah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun.

Bagi PKS yang baru beroperasi selama satu tahun, ia perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minimum sebanyak RM100,000 untuk tahun tersebut; atau PKS yang telah beroperasi melebihi dua tahun, dengan jumlah jualan tahunan minimum RM50,000.00 untuk tahun berikutnya (jualan tahunan).

Geran ini bukan setakat untuk menjadi pemain aktif dalam pasaran tempatan, tapi dengan pendigitalan, para pengusaha dapat meneroka medan bisnes yang lebih luas di platform yang tiada sempadan.

Skim Jamin Kerja

Selain Skim Geran Digital di bawah Bajet 2022, kerajaan turut memperkenalkan Skim Jamin Kerja yang memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan pekerjaan melalui kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial.

Selain itu kerajaan turut melancarkan inisiatif PENJANA HRDF yang dilaksanakan untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Sebahagian daripada pelan ini termasuk menaik taraf rakyat Malaysia melalui program peningkatan kemahiran dan kemahiran semula serta memberi tumpuan kepada kebolehpasaran tenaga kerja dan pemadanan pekerjaan.

Kemahiran baharu

Tugas itu dipikul oleh Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDC), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia. Skim e-LATih pula telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia ketika PKP untuk mereka mendapatkan kemahiran baharu. Ia membabitkan lebih daripada 200 kursus yang terbuka kepada rakyat Malaysia tanpa bayaran.

Mereka yang berminat hanya perlu mendaftar di portal e-LATih yang mana ia bukan sahaja bagi pencari kerja untuk meningkatkan kemahiran mereka tetapi juga bagimajikan yang mencari kakitangan mahir baharu.

Kursus hanya menyediakan sijil kehadiran dan tiada peperiksaan yang terlibat dan ia mudah untuk orang ramai mendaftar kerana mereka tidak perlu mengisi pelbagai borang dan ini adalah antara tarikan utama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya