Cacian, herdikan pelanggan jadi penggerak maju ke hadapan - Utusan Malaysia

Cacian, herdikan pelanggan jadi penggerak maju ke hadapan

NUR Azam menerima pelbagai anugerah pengiktirafan sepanjang karier sebagai pengurus kewangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERDEPAN pelbagai cacian dan kecaman selain diherdik pelanggan ketika saat menyuap nasi antara saat yang tidak akan dilupakan sehingga akhir hayat.

Paling menyedihkan apabila herdikan tersebut dilemparkan terus tanpa sempat penjelasan diberikan.

Susulan daripada itu, Nur Azam Zamberi 41, nekad dan berazam untuk bangkit menjadi ‘guru’ kepada masyarakat dalam aspek kesedaran pengurusan kewangan terutama membabitkan orang Melayu.

Katanya ini kerana aspek berkenaan masih rendah dalam kalangan orang Melayu sehingga memberi risiko lain pada masa akan datang terutama ketika di usia persaraan.

Beliau menceritakan detik awalnya menceburkan diri dalam bidang tersebut berkata, segalanya bermula sewaktu bekerja di salah sebuah kilang di Ipoh kira-kira lebih 10 tahun lalu.

” Pada masa itu saya dapat melihat bagaimana rakan-rakan seringkali mengeluh disebabkan tidak mempunyai wang yang cukup apabila hujung bulan disebabkan sikap boros mereka.

“Ada yang lebih suka berhabis wang kepada barangan seperti sport rim kereta apabila mendapat gaji dan elaun tambahan. Apabila tiada keadaan sebaliknya berlaku. Perkara ini membuka mata saya terhadap pentingnya ilmu pengurusan kewangan,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Kini selepas lama berada dalam bidang ini, Nur Azam yang juga Presiden Azam Gemilang (AGG) Group berjaya menerima pelbagai kejayaan sehingga 13 tahun berturut dengan mengungguli anugerah Agensi Million Ringgit dan Agensi Superstar.                                                                                                                                           

Beliau merupakan pelajar lepasan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Sains Komputer sanggup meninggalkan kerjaya yang menjamin masa depan untuk menceburkan diri dalam bidang perunding kewangan.

Dalam perkembangan lain, Nur Azam berkata, syarikat miliknya kini berjaya mewujudkan aplikasi pintar di telefon bimbit bagi membantu merekod semua aktiviti perunding kewangan  dengan dipantau pemimpin atasan di AGG.

“Saya mewujudkan sistem ini dengan modal sebanyak RM20,000.Dengan adanya aplikasi berkenaan , segala maklumat berkenaan aktiviti berkenaan dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

“Selain itu, segala kerja dan aktiviti perunding kewangan akan direkodkan dalam sistem serta mendapat mata bagi membeli barangan keperluan. Ini bermakna semakin banyak aktiviti seperti berjumpa prospek, latihan atau seminar, perunding kewangan di bawah AGG akan diberi ‘gaji’ berbentuk mata yang boleh ditebus nanti,” ujarnya.

Nur Azam dalam masa yang sama berkata, syarikatnya juga akan memperkenalkan insentif khas gaji untuk perunding kewangan separuh masa yang dikenali sebagai Besmart.

Menurutnya, mereka akan menerima sebanyak RM1,000 sebulan apabila menjadi perunding kewangan dibawah AGG.

“Insentif ini adalah pertama dalam industri takaful di mana insentif tetap ditawarkan kepada perunding kewangan separuh masa sahaja,” katanya.

Beliau berharap, dengan cara sedemikian, ia sedikit sebanyak mampu menggalakkan para graduan untuk menjadi perunding kewangan yang akan bertindak sebagai guru kepada masyarakat dalam mengurus kewangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya