PETALING JAYA: Jumlah deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) mencatatkan pencapaian yang sangat memberangsangkan apabila mencatatkan sebanyak RM12.65 bilion simpanan sehingga 31 Julai lalu. Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Apli Yusoff berkata, jumlah simpanan berkenaan melibatkan sebanyak 5.5 juta akaun pelanggan yang diperkenalkan sejak 2004. Apli berkata, prestasi tersebut membuktikan Simpan SSPN terus diyakini sebagai produk simpanan terbaik dan menjadi pilihan utama ibu bapa untuk perancangan kewangan pendidikan tinggi anak-anak. “Mula diperkenal pada tahun 2004, Simpan SSPN yang terdiri daripada Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus menawarkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya