SEOUL: Korea Selatan menyaman Google dan Meta sebanyak 100 bilion won (AS$72 juta/ RM325.8 juta) kerana menjejaki tingkah laku dalam talian pengguna tanpa kebenaran mereka dan menggunakan data berkenaan untuk pengiklanan. Suruhanjaya Perlindungan dan Maklumat Peribadi Korea Selatan berkata, ia mendenda Google sebanyak 69.2 bilion won (AS$50 juta/ RM313.13 juta) dan Meta 30.8 bilion won (AS$22 juta/ RM99.6 juta) selepas mendapati, amalan perniagaan kedua-dua syarikat menyebabkan pelanggaran privasi yang serius.…










