Kerajaan tidak bercadang tambat ringgit

Kerajaan tidak bercadang tambat ringgit

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) tidak bercadang untuk menambat ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) kerana langkah tersebut mempunyai risiko yang besar.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sekiranya tambatan dilaksanakan, Malaysia perlu mengikut sepenuhnya dasar monetari negara mata wang yang menjadi ‘rujukan’ atau asas bagi tambatan ringgit.

Malah katanya, jika ringgit ditambat, Malaysia akan menghadapi kekangan untuk menetapkan dasar monetari dan rakyat terpaksa menanggung kos pembiayaan yang tinggi walaupun keadaan ekonomi negara tidak sama seperti di AS.

“Kita sudah tahu dasar kewangan AS bagi dan ke mana arah tujunya ketika ini. Sekiranya ringgit ditambat, rakyat terpaksa menanggung kos pembiayaan yang tinggi walaupun keadaan ekonomi kita tidak sama dengan AS.

“Kadar inflasi kita lebih rendah daripada AS. Inflasi AS adalah pada sembilan hingga 10 peratus. Selain itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita juga lebih kukuh.

“Langkah tambatan matawang juga perlu dilengkapi dengan langkah kawalan modal bagi mengelakkan pengaliran keluar modal. Tindakan ini pastinya akan menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar di Persidangan Pembangunan dan Pembiayaan Perumahan Hijau di Asia di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×